Thursday, May 21, 2009

Program BACATHON PIBG

Pihak PIBG akan melancarkan Program BACATHON Pada 1 Ogos 2009. Permohonan untuk kelulusan pihak PPD sedang diusahakan. Konsep Program ini lebih kepada dermathon. Semua pihak diberi peluang untuk terlibat dalam pelaksanaan program ini.Semua pihak digalakkan untuk membantu menjayakan projek ini untuk merealisasikan impian kita semua ;
1. Membina Dewan Terbuka / Dataran berbumbung.
Setiap hari, anak-anak kita berpanas untuk mendengar amanat pihak sekolah dan ini menimbulkan rasa kurang selesa terutama sesi petang.

2. Membina Pondok Bacaan.
Para pelajar memerlukan tempat untuk bersantai dan berehat sambil membaca dan berbual ketika waktu rehat.

3. Laluan Susur gajah.
apabila hari hujan semua warga sekolah dan pengunjung menghadapi kesukaran untuk bergerak. Susur ini akan dibina bermula dari pintu pagar utama dan disambungkan ke premis yang lain.

4. Sekiranya Rayuan Padang ditolak, maka dana ini akan dijadikan Dana Membina Padang.

Harap Maklum

No comments:

Post a Comment