Thursday, May 21, 2009

Perkembangan Padang SKJK

Isu Padang Sekolah Rendah Jalan Kebun

1. Permohonan Padang sekolah telah diajukan kepada pihak kementerian Pelajaran sejak tahun 1984. Berpucuk-pucuk surat permohonan dan rayuan telah diajukan kepada pihak KPM.

2. Perkembangan terkini, Permohonan padang telah dianjak ke RMK 10 kerana Pihak jabatan memberikan pilihan kepada Sekolah sama ada ;

membina Bangunan Baru dua Blok dua tingkat yang bernilai Rm4 juta (anggaran) atau padang sekolah. Pihak sekolah memilih untuk membina Bangunan kerana keperluan prasarana pembelajaran yang mendesak. Malangnya kelulusan pembinaan telah dibekukan kerana kegawatan ekonomi negara.

3. Pihak sekolah dan PIBG telah mengemukan rayuan semula untuk Projek Bangunan dan Padang kepada pihak menteri selepas kerajaan mengumumkan pakej Rangsangan yang baru.

4. Ahli-ahli persatuan sedang mencuba untuk 'menembusi' pihak Menteri untuk berunding terus tentang isu yang telah berlarutan sekian lama.

5. Alternatif sekiranya rayuan ditolak ;
1. Menggunakan tanah milik PPD dikuartes guru lama berhampiran masjid untuk dibawa kepadang. Kos Pengangkutan akan dirunding dengan ahli2 persatuan yang memiliki lori dan jentera untuk kerja-keraj tanah. secara lisan, Pihak PPd telah bersetuju dengan pilihan tersebut.Tanaman rumput akan dijalankan secara gotong royong oleh Pihak ibubapa dan warga sekolah.

Sumber kewangan : Derma dan sumbangan Korporat ( CSR ).

6. Marilah kita mendoakan agar usaha-usaha yang telah dilakukan oleh rakan-rakan kita akan dipermudahkan oleh Allah SWT.


Sekian dimaklumkan

No comments:

Post a Comment